Life as a student...well I am a student dari darjah satu sehinggalah sekarang 32 tahun...boring tak jadi pelajar ni?? well ada pro and cons..
 |
| Inilah aku.. |
I ditakdirkan berjodoh dengan engineering ni dari kejuruteraan elektrik dan elektronik hinggalah ke kejuruteraan Aeroangkasa...woww..apa itu aeroangkasa nak jadi astronaut kah?bukan ye..aeroangkasa ni bahagian dari ruang udara hingga ke angkasa dan banyak berkaitan dengan kapal terbang..
I accidentally termasuk bidang ini bila melanjutkan pengajian master innovasi dan kejuruteraan rekabentuk di Universiti Putra Malaysia..dan bidang ini boleh diceburi dari pelbagai bidang engineering ye..sivil ke manufacturing ke electronic ke semua boleh..nanti I ceritakan bidang master I ni di post yang lain okay..
I rasa terpanggil bagi pelajar yang baru graduate degree perlu atau tak perlu melanjutkan pelajaran ke pasca siswazah?nak pilih sambung study ke atau kerja dahulu sambung kemudian? nak ambil kaedah kajian atau kursus jangka pendek??
Jawapan relevan yang boleh I beri berdasarkan pengalaman I ni bergelar pelajar....
"Adik...kakak...abang..tolonglah kerja cari pengalaman dahulu"
kenapa saya katakan begini?? ohhh..."dia je nak pandai dia je nak ada kelulusan tinggi..." TIDAK wahai saudaraku saya bukan berperangai busuk hati seperti itu ye..cuma pendapat kecil saya sahaja...antara alasannya;
1. Anda tiada pengalaman kerja- percaya atau tidak pengalaman lebih diutamakan oleh syarikat-syarikat dari tahap pengajian master ke doktor falsafah awak itu...min 2tahun pengalaman ye..
2. Tiada caruman KWSP- Sedih bila sudah meningkat 30an dan masih belum membuka akaun KWSP sedangkan kawan-kawan lain da berpuluh riban simpanan...sobsobsob...
3. Masa- masa yang digunakan untuk belajar terutama dalam bidang kajian is unpredictable we cannot estimate time and duration...tahu-tahu da 7tahun ekauu jadi student research ni..
4. Wang- Pinjaman jangan cakaplah berapa hutangnya muntah darah dengan amaunnya...sara diri lagi...it is too much to handle and this is the main reason people quit in the middle of their study..
5. Fasa hidup berdua- masa lepas degreelah kita nak berumah tangga dan bagi yang ingin melanjutkan pelajaran isu ini sangat stressful terutama bagi kaum wanita..yelah semua ada target masing-masingkan..jadi fikir-fikirlah wahai kaum hawa..
 |
| saya sudah anda bila??hihihi |
6. Rezeki- apa-apa pun kena percaya soal rezeki nak sambung belajar ke pasca siswazah ni rezeki ada yang jalannya senang...dapat supervisor yang dedikasi dan baik,kajian yang best!! duit geran yang banyak...tapi ada yang diuji dan ini bukan dalam caturan kita tapi caturan Maha Kuasa..
Bagi adik-adik yang saya risaukan silalah membuat pertimbangan yang betul dan rasional, fikir dan selidik dahulu segala kemungkinan dari kajian apa?supervisor yang mana? financial aid yang perlu diminta..dan sebagainya jangan ikut orang,kita ikut kemampuan dan rezeki kita...tak semestinya kalau kita mulakan kerjaya tutup peluang sambung pelajarankan...jadi bincang dengan keluarga atau bakal zauj/zaujah gitu...yelah kena tahu dia sanggup ke tunggu kita??
Semoga kita yang terpilih menjadi perjuang Ilmu ini mampu meningkatkan kerjayaan Islam dimata dunia..semoga berjaya ~*