Yaya Ariff

Thursday, 15 March 2018

3 Tips Penting Dalam Majlis Perkahwinan

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.



Majlis perkahwinan ini adalah satu agenda utama dalam hidup wanita...tipulah sekali pun tak pernah impikan macamana majlis perkahwinan nanti kan. Semua ada idaman majlis perkahwinan sendiri tapi yang paling utama adalah kehidupan selepas berumah tangga...yelah kena fikir yang mana nak hidup sendiri deposit rumah, alatan dapur, perabot, perkakas elektrik dan macam-macam lagi deknonn...jadi kita perlulah seimbangkan sebelum majlis dan selepas majlis gitu...

Berdasarkan pengalaman yang tak seberapa ada few things yang perlu kita ambil berat dalam sesebuah majlis perkahwinan yang ini I jot-down little things yang banyak orang tak consider dalam majlis perkahwinan...

1. Persalinan Perkahwinan- Kita mesti tahu berapa persalinan yang kita nak pakai di majlis nanti, macam akad nikah,malam berinai dan bersanding...macam I dulu I survey design baju nikah yang ada dipasaran dan apa yang I rasa elok untuk diri I..dulu waktu anak dara I ni sekeping je,jadi I cari dress nikah yang simple dan tak sarat tapi nak elegan gituuu ala-ala Scha Alyahya...murah je masa tu I beli dalam RM200 sahaja...veil nikah I buat sendiri kain mak beli dari bandung cuma potong jahit tepi dan letak pearl sikit2...kasut nikah vincci tengah sale time tu dan last of coz hand flower I beli dekat lovely lace..simple kan...sanding lagi simple I sewa je semua..


Nikah


Sanding belah perempuan




Malam berinai belah lelaki



Sanding belah lelaki

2. Butik Andaman- sebenarnya kita kena buat survey rajin bertanya dengan kawan-kawan jangan serkap jarang,macam pengalaman saya andaman yang saya lantik sebagai pengatur majlis saya sangat tidak memuaskan hati berbeza dengan andaman di pihak suami...pihak suami memang berpengalaman kerana kakak-kakak suami saya sudah berkahwin dan menggunakan pakej yang sama..macam saya anak pertama mak ayah serah bulat-bulat kepada saya jadi dengan tidak buat survey maka terkejutlah saya dimajlis saya sendiri..bukan salah siapa salah sendiri...



inilah pelamin anganku musnah..I buat sendiri pun boleh

belah suami..cantikkan..


3.  Accommodation/kemudahan tempat tinggal- orang datang majlis kita terutama yang duduk jauh,jadi kita kena considerate...kalau sedara mara kita bolehlah tidur lambak tapi di pihak suami yang datang ke majlis kita maka haruslah kita fikirkan tempat tinggal mereka..sekarang banyak perkhidmatan homestay yang berpatutan dan selase untuk keluarga besar,bukan apa kita boleh menjimatkan masa dan bagi keselesaan pada pihak lelaki....

     macam pengalaman saya keluarga suami dari melaka dan johor manakala majlis saya di shah alam,jadi saya dan suami sepakat menaja penginapan homestay mereka selama sehari semalam,jadi majlis pada hari sabtu mereka sudah ada di shah alam pada hari jumaat...semua agenda berjalan lancar tiada kelam kabut dan rushing ke majlis..

Sebenarnya bagi lagi yang perlu ada tapi mungkin akan saya update di entri lain..Semoga yang bakal pengantin dapat manfaat dan dikurniakan perkahwinan yang sakinah hingga ke jannah,Amiiin.

1 comment:

  1. Thanks for the tips! Sbb I pon nak kwin lagi 3 bulan dpn

    ReplyDelete